Wednesday 2 March 2016

KEJADIAN SIANG DAN MALAM




Selama 24 jam waktu Bumi berputar mengelilingi paksinya, ada kalanya sebahagian wajah Bumi berhadapan dengan Matahari dan kawasan yang mengalami siang. Dan kemudian seiring dengan putaran Bumi, wajah yang berhadapan dengan Matahari kemudian berputar dan membelakangi matahari sehingga sisi wajah Bumi yang tidak disinari Matahari ini mengalami malam hari.

Malam dan siang merupakan salah satu dari sekian banyak tanda-tanda yang membuktikan bahawa alam ini diatur oleh suatu zat yang amat luar biasa (Allah). Di dalam al-Qur'an malam dan siang sering disebut dan diulang-ulang di beberapa ayat-ayat-Nya. Dan beberapa diantaranya iaitu di surah Al-Furqan ayat 47 dan 62, surah yasin ayat 37


  • Surat Al-Furqan ayat 47

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِبَاساً وَالنَّوْمَ سُبَاتاً وَجَعَلَ النَّهَارَ نُشُوراً
Artinya:” Dan Dialah yang menjadikan untuk kamu malam sebagai pakaian dan tidur sebagai pemutus dan Dia menjadikan siang untuk bertebaran”.(Al-Furqan:47)



Ayat di atas menerangkan: Dan di antara bukti-bukti keesaan Allah dan kekuasaan-Nya yaituDialah(Allah) yang menjadikan untuk kamu sekalian malam dengan kegelapannya sebagai pakaianyang menutupi diri kamu, dan menjadikan tidur sebagai pemutus segala kegiatankamu sehingga kamu dapat beristirahat guna memulihkan tenaga, dan Dia juga menjadikan siang untuk bertebaranguna mencari rezeki.

  • Surat Al-Furqan ayat 62

وهو الذي جعل الليل والنهار خلفة لمن أراد أن يذكر أو أراد شكورا
Artinya: "Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi sesiapa yang ingin mengambil pelajaran atau bagi yang ingin bersyukur." (Al-Furqan: 62).

Ayat sebelumnya membincangkan tentang matahari dan bulan serta pancaran cahaya dan peredarannya, dan di ayat ini menerangkan tentang akibat daripada peredaran matahari dan kehadiran bulan. Dan Dia pula yang menjadikan malam dan siang silih berganti yang satu datang selepas yang lain. Dia yang menetapkan seperti itu bagi yakni untuk dimanfaatkan oleh sesiapa yang ingin mengambil pelajaran sehingga menyedari betapa Allah Maha Esa, Maha Mengetahui dan Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana, atau bagi yang ingin bersyukur atas segala limpahan karunia-Nya.





Dari sini dipahamkan bahwa fenomena pertukaran siang dan malam merupakan dakwah kepada semua makhluk untuk beriman kepada Allah. Dan difahamkan juga bahawa ayat-ayat yang diturunkan tentang pergantian siang dan malam tersebut sungguh sebuah mukjizat dan kebesaran yang Maha Kuasa.








LEBAH DAN MADU DI DALAM AL-QURAN

KHASIATNYA


Menyebut tentang lebah, kita akan teringat mengenai lebah,sarangnya dan cara mereka bekerja. Mereka berkomunikasi melalui bau , getaran dan interaksi secara fizikal dengan lebah lain dan yang lebih pen - ting , lebah dapat mengenal pasti dan bertindak balas terhadap pheromones ( sebatian kimia yang dikeluarkan oleh lebah ).


Namun sebenarnya Madu dan lebah mempunyai keistimewaan yang lebih untuk mengatasi pelbagai penyakit. Keistimewaan tersebut adalah, madu dan lebah disenaraikan dalam surat tersendiri di dalam Al-Qur'an.

Sebagaimana Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69:   "Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:" Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia. " [QS. An-Nahl: 68

Khasiat dari madu tidak sekadar untuk mengatasi berbagai macam penyakit. Namun lebih daripada itu, jika kita mengambil hikmah dari surat An-Nahl ayat 69, kita akan mengetahui bahawa produk dari lebah yang boleh dijadikan ubat itu tidak terbatas hanya pada madunya saja


Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Qur'an surah An-Nahl ayat 69 :

“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” [QS. An-Nahl : 69]

Berdasarkan surat An-Nahl ayat 69 tersebut, dijelaskan bahawa bahan yang keluar dari perut lebah dengan bermacam-macam warnanya dapat menjadi penyembuh bagi manusia. Pada ayat tersebut tidak dijelaskan mengenai ubat untuk penyakit tertentu. Akan tetapi, fakta telah membuktikan bahawa produk perlebahan terutama propolis lebah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.

Lebah memang makhluk Allah yang istimewa, ia dapat memberikan manfaat dan kenikmatan bagi umat manusia. Seperti yang diterangkan di dalam Al-Qur'an, bagaimana Allah memerintahkan lebah untuk membuat sarang dengan mengambil makanan (getah) dari pelbagai jenis tumbuhan untuk dijadikan madu dan produk lebah lain.










Madu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Diantaranya adalah madu dapat menghilangkan zat berbahaya yang mungkin telah terkumpul dalam saluran darah dan usus. Selain itu, madu juga boleh menjadi penjaga stamina apabila dicampurkan dalam minuman. Meningkatkan kekebalan tubuh serta menghilangkan kahak apabila batuk. Seterusnya, khasiat madu juga boleh boleh dijadikan sebagai produk kecantikan. Ianya juga baik untuk ibu yang mengadung.

Masih banyak lagi manfaat yang akan kita dapatkan ketika mengambil madu baik secara langsung ataupun dicampurkan dengan makanan dan minuman. Manfaat lain yang ditambah Allah dari madu adalah suatu zat makanan yang mempunyai rasa yang sangat sedap, minuman yang menyegarkan dan pemanis semula jadi yang sangat baik serta berkhasiat untuk dimakan.




BAYI TABUNG MENURUT ISLAM





Bayi tabung uji ialah bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan hasil daripada persenyawaan ovumnya dengan sperma suaminya di luar tubuh perempuan itu dengan menggunakan teknik Persenyawaan Luar Rahim (IVF).



Proses Bayi Tabung

1) Telur dihasilkan dengan merangsang menggunakan hormon terapi
2) Telur diasingkan daripada ovari
3) Sperma diperlukan
4) Telur dan sperma disatukan untuk membenarkan persenyawaan
5) Persenyawaan telur dimasukkan ke dalam uterus.



HUKUM
Pelaksanaan bayi tabung dalam pandangan Islam hukumnya mubah (boleh), dengan syarat sperma dan ovum diperoleh dari pasangan suami isteri yang sah kemudian sel hasil pembuahan tersebut dimasukan kembali ke dalam rahim isteri yang sah.


KAEDAH FIQH
Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan..
  • Proses bayi tabug uji dibolehkan dalam islam jika sperma dan ovum itu bersumber dari suami isteri yang sah. Dan yang dilarang adalah sperma dan ovum daripada orang lain. Hal ini dilarang kerana akan menimbulkan kemudaratan bagi pasangan suami isteri tersebut di mata agama dan menimbulkan kemudaratan kepada si anak.


عَنْعَائِشَةَرَضِيَاللهُعَنْهَاقَالَتْقَالَرَسُوْلُاللهِصَلَّىاللهُعَلَيْهِوَسَلَّمَإِنَّاللهَفَرَضَفَرَائِضَفَلاَتُضَيِّعُوْهَاوَحَرَّمَأَشْيَاءَفَلاَتَتْهِكُوْهَاوَحَدَّحُدُوْدًافَلاَتَعْتَدُّوْهَاوَسَكَتَعَنْأَشْيَاءَرَحْمَةًلَكُمْغَيْرَنِسْيَانٍ
Artinya:  “Diriwayatkan dari aisyah r.a ia berkata bahwa Rasulullah saw. Bersabda, sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka janganlah kamu sia-siakan. Dan Allah telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu langgar, dan ia juga telah menetapkan batas-batas, maka janganlah kamu lampaui. Allah juga telah mendiamkan (tidak melarang) beberapa hal sebagai rahmat bagi kamu sekalian


الْحَلاَلُ مَااَحَلَّاللهُفِىكِتَابِهِوَالْحَرَامُمَاحَرَّمَاللهُفِىكِتَابِهِوَمَاسَكَتَعَنْهُفَهُوَمِمَّاعُفِىعَنْهُ

Artinya: “Sesuatu yang halal adalah apa yang dihalalkan Allah dalam kitab-Nya, dan sesuatu yang haram adalah apa yang diharamkan Allah dalam kitab-Nya, sedangkan sesuatu yang didiamkan oleh Allah maka termasuk sesuatu yang dimaafkan”.

الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُالْتَيْسِيْرَ
Artinya: ”Kesulitan itu dapat menarik kepada kemudahan


Apabila sperma yang ditabung tersebut milik suami-isteri, tetapi cara mengeluarkannya tidak muhtaram, maka hukumnya juga haram. Mani Muhtaram adalah mani yang keluar / dikeluarkan dengan cara yang tidak dilarang oleh syara '. Berkaitan mani yang dikeluarkan secara muhtaram, para ulama NU mengutip asas undang-undang dari Kifayatul Akhyar II / 113. "Seandainya seorang lelaki berusaha mengeluarkan spermanya (dengan beronani) dengan tangan isterinya, maka hal tersebut diperbolehkan, kerana isteri memang tempat atau wahana yang dibenarkan untuk bersenang-senang."


Apabila mani yang ditabung itu mani suami-isteri yang sah dan cara mengeluarkannya termasuk muhtaram, serta dimasukkan ke dalam rahim isteri sendiri, maka hukum bayi tabung menjadi mubah (boleh).





FATWA
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-5 di Bilik Gerakan Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan pada 16-17 Nov 1982 telah membincangkan isu Bayi Tabung Uji dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
  1. Bayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara "terhormat" adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah bayi tabung itu adalah tidak sah.

  2. Bayi yang dilahirkan melalui proses tabung uji, boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak.

  3. Benih yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara "terhormat".








Dalam meneliti hukum terhadap isu ini, Jawatankuasa mengambil pandangan terhadap cara-cara proses bayi tabung uji itu dilakukan serta tujuan dilakukan seperti berikut:
    a.  Tujuan dilakukan bayi tabung uji untuk membolehkan wanita-wanita mandul melahirkan anak            dari benih suami mereka sendiri melalui tabung tersebut.
    b. Tabung uji ini merupakan alat untuk mencantumkan benih suami dengan benih isteri di                       luar rahim sehinggalah benih itu tercantum dan boleh menerima kesuburan untuk                                  menjadi seorang bayi.
    c. Benih tersebut dimasukkan balik ke dalam rahim isteri untuk dibesarkan sehingga tempoh masa           kelahirannya secara tabi'e.

HUKUM MEMAKAI GELANG MAGNET MENURUT ISLAM

HUKUM MEMAKAI GELANG MAGNET MENURUT ISLAM.





HUKUM :
Harus sekiranya pemakai mempunyai niat yang baik seperti masalah kesihatan.


SYARAT YANG MENGHARUSKAN MEMAKAI:
  • Pemakainya tidak beritikad ( yakin di dalam hati ) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanya Allah.
  • Pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.
  • Gelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang beribawa.
  • Jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.




       KESAN PENGGUNAAN GELANG MAGNET 
  •       Keberkesanan dalam meredhakan kesakitan dan kebangkitan. 
  •       Penyembuhan yang cepat.
  •       Menigkatkan fleksibiliti
  •       Selesa dan mudah
  •       Peningkatan yang signifikan kearah pemulihan
  •      Peralihan darah yang baik
  •      Mencegah dan berulang kea rah yang sama



SIMPTON-SIMPTON YANG BIASA DIHADAPI OLEH PEMAKAI :
  • Kebas 
  • Pening Kepala
  • Sakit Perut
  • Susah Tidur
  • Sakit



ASAS PERTIMBANGAN

Pemakaian gelang bagi tujuan perhiasan.
  • Bagi lelaki yang memakai gelang sebagai perhiasan diri menurut hukum syara` adalah haram.  berdasarkan hadith daripada Ibnu Abbas r.a katanya:


Ø  لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتـشبهـين من الرجال بالنساء، والمتـشبهات من النساء بالرجال..
Maksudnya: Rasulullah S.A.W melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-niru gaya lelaki[2].  

Ø  Bagitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Nasa’ie  dan  Ibnu Hibban, daripada Abu Hurairah r.a berkata,
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجال يلبس لبسة المرأة، والمرأة تلبس لبسة الرجال.
Maksudnya: Rasulullah S.A.W melaknat lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.






Walau bagaimanapun, terdapat dalil yang mengharuskan perkara yang dilarang digunakan bagi tujuan perubatan.
Firman Allah swt,
Maksudnya: ...maka barang siapa terpaksa, kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang[3].

Manakala daripada hadis
Ø  Diharamkan ke atas lelaki memakai perhiasan emas walaupun untuk tujuan diletakkan pada alat-alat peperangan. Ini adalah berdasarkan hadis yang bermaksud :
Dihalalkan emas dan sutera bagi golongan wanita di kalangan umatku dan diharamkan ke atas golongan lelaki. Kecuali hidung yang telah rosak, maka diharuskan menggunakan emas. Hal ini kerana sebahagian sahabat yang patah hidungnya pada suatu peperangan maka dia telah menggunakan hidung yang diperbuat daripada perak, tetapi ia telah menjadi busuk lantas nabi telah mengarahkan sahabat tersebut agar menggunakan hidung diperbuat daripada emas.

  • Hadis Musnad Ahmad[4],
      أن عرفجة بن أسعـد أصيب أنفه يوم الكلاب (حرب) فاتخذ أنفا من فضة فأنتن، فأمره رسول الله  (ص) بأن يتخذ أنفا من ذهب.
      Yang bermaksud, Sesunguhnya ‘Arfajah bin As’ad yang terputus hidungnya ketika peperangan            Kilab, dia telah menggunakan hidung yang diperbuat daripada perak, tetapi ia telah menjadi                busuk lantas Rasulullah SAW telah mengarahkannya agar menggunakan hidung diperbuat                  daripada emas.



KAEDAH FIQH

Darurat mengharuskan benda-benda yang dilarang.

الضَّرُورَات تَبِيحُ المَحْظُورَات
الضَّرَرُ يُزَال

Darurat itu ditentukan dengan kadarnya

الضَّرَرُ تَقْدِرُ بِقَدْرِهَا


  • Pandangan ulama’


          Fatwa Syeikh Hasnin Makhluf, yang bertarikh 18hb November 1946, menyatakan: Maka                     memenuhkan dan menutup gigi dengan emas dan perak adalah harus. [6]








KESIMPULAN
Ø  Haram bagi lelaki memakai gelang magnetik bagi tujuan perhiasan berdasarkan kepada larangan umum hadith Rasulullah saw.
Ø   Harus bagi lelaki memakai gelang magnetik bagi tujuan perubatan dengan syarat telah terbukti dengan kajian sainstifik sains perubatan.
Ø   Walau bagaimanapun, pemakaian gelang magnetik perlu berhati-hati kerana dikhuatiri membawa kepada unsur penyelewengan aqidah.
Ø  Sekiranya pemakaian gelang magnetik tidak memberi faedah daripada segi kesihatan, maka perlu ditinggalkan