Wednesday, 2 March 2016

HUKUM MEMAKAI GELANG MAGNET MENURUT ISLAM

HUKUM MEMAKAI GELANG MAGNET MENURUT ISLAM.





HUKUM :
Harus sekiranya pemakai mempunyai niat yang baik seperti masalah kesihatan.


SYARAT YANG MENGHARUSKAN MEMAKAI:
  • Pemakainya tidak beritikad ( yakin di dalam hati ) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanya Allah.
  • Pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.
  • Gelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang beribawa.
  • Jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.




       KESAN PENGGUNAAN GELANG MAGNET 
  •       Keberkesanan dalam meredhakan kesakitan dan kebangkitan. 
  •       Penyembuhan yang cepat.
  •       Menigkatkan fleksibiliti
  •       Selesa dan mudah
  •       Peningkatan yang signifikan kearah pemulihan
  •      Peralihan darah yang baik
  •      Mencegah dan berulang kea rah yang sama



SIMPTON-SIMPTON YANG BIASA DIHADAPI OLEH PEMAKAI :
  • Kebas 
  • Pening Kepala
  • Sakit Perut
  • Susah Tidur
  • Sakit



ASAS PERTIMBANGAN

Pemakaian gelang bagi tujuan perhiasan.
  • Bagi lelaki yang memakai gelang sebagai perhiasan diri menurut hukum syara` adalah haram.  berdasarkan hadith daripada Ibnu Abbas r.a katanya:


Ø  لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتـشبهـين من الرجال بالنساء، والمتـشبهات من النساء بالرجال..
Maksudnya: Rasulullah S.A.W melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-niru gaya lelaki[2].  

Ø  Bagitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Nasa’ie  dan  Ibnu Hibban, daripada Abu Hurairah r.a berkata,
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجال يلبس لبسة المرأة، والمرأة تلبس لبسة الرجال.
Maksudnya: Rasulullah S.A.W melaknat lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.






Walau bagaimanapun, terdapat dalil yang mengharuskan perkara yang dilarang digunakan bagi tujuan perubatan.
Firman Allah swt,
Maksudnya: ...maka barang siapa terpaksa, kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang[3].

Manakala daripada hadis
Ø  Diharamkan ke atas lelaki memakai perhiasan emas walaupun untuk tujuan diletakkan pada alat-alat peperangan. Ini adalah berdasarkan hadis yang bermaksud :
Dihalalkan emas dan sutera bagi golongan wanita di kalangan umatku dan diharamkan ke atas golongan lelaki. Kecuali hidung yang telah rosak, maka diharuskan menggunakan emas. Hal ini kerana sebahagian sahabat yang patah hidungnya pada suatu peperangan maka dia telah menggunakan hidung yang diperbuat daripada perak, tetapi ia telah menjadi busuk lantas nabi telah mengarahkan sahabat tersebut agar menggunakan hidung diperbuat daripada emas.

  • Hadis Musnad Ahmad[4],
      أن عرفجة بن أسعـد أصيب أنفه يوم الكلاب (حرب) فاتخذ أنفا من فضة فأنتن، فأمره رسول الله  (ص) بأن يتخذ أنفا من ذهب.
      Yang bermaksud, Sesunguhnya ‘Arfajah bin As’ad yang terputus hidungnya ketika peperangan            Kilab, dia telah menggunakan hidung yang diperbuat daripada perak, tetapi ia telah menjadi                busuk lantas Rasulullah SAW telah mengarahkannya agar menggunakan hidung diperbuat                  daripada emas.



KAEDAH FIQH

Darurat mengharuskan benda-benda yang dilarang.

الضَّرُورَات تَبِيحُ المَحْظُورَات
الضَّرَرُ يُزَال

Darurat itu ditentukan dengan kadarnya

الضَّرَرُ تَقْدِرُ بِقَدْرِهَا


  • Pandangan ulama’


          Fatwa Syeikh Hasnin Makhluf, yang bertarikh 18hb November 1946, menyatakan: Maka                     memenuhkan dan menutup gigi dengan emas dan perak adalah harus. [6]








KESIMPULAN
Ø  Haram bagi lelaki memakai gelang magnetik bagi tujuan perhiasan berdasarkan kepada larangan umum hadith Rasulullah saw.
Ø   Harus bagi lelaki memakai gelang magnetik bagi tujuan perubatan dengan syarat telah terbukti dengan kajian sainstifik sains perubatan.
Ø   Walau bagaimanapun, pemakaian gelang magnetik perlu berhati-hati kerana dikhuatiri membawa kepada unsur penyelewengan aqidah.
Ø  Sekiranya pemakaian gelang magnetik tidak memberi faedah daripada segi kesihatan, maka perlu ditinggalkan

No comments:

Post a Comment