Bayi tabung uji ialah bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan hasil daripada persenyawaan ovumnya dengan sperma suaminya di luar tubuh perempuan itu dengan menggunakan teknik Persenyawaan Luar Rahim (IVF).
Proses Bayi Tabung
1) Telur dihasilkan dengan merangsang menggunakan hormon terapi
2) Telur diasingkan daripada ovari
3) Sperma diperlukan
4) Telur dan sperma disatukan untuk membenarkan persenyawaan
5) Persenyawaan telur dimasukkan ke dalam uterus.
HUKUM
Pelaksanaan bayi tabung dalam pandangan Islam hukumnya mubah (boleh), dengan syarat sperma dan ovum diperoleh dari pasangan suami isteri yang sah kemudian sel hasil pembuahan tersebut dimasukan kembali ke dalam rahim isteri yang sah.
KAEDAH FIQH
Kemudaratan
Hendaklah Dihilangkan..
- Proses bayi tabug uji dibolehkan dalam islam jika sperma dan ovum itu bersumber dari suami isteri yang sah. Dan yang dilarang adalah sperma dan ovum daripada orang lain. Hal ini dilarang kerana akan menimbulkan kemudaratan bagi pasangan suami isteri tersebut di mata agama dan menimbulkan kemudaratan kepada si anak.
عَنْعَائِشَةَرَضِيَاللهُعَنْهَاقَالَتْقَالَرَسُوْلُاللهِصَلَّىاللهُعَلَيْهِوَسَلَّمَإِنَّاللهَفَرَضَفَرَائِضَفَلاَتُضَيِّعُوْهَاوَحَرَّمَأَشْيَاءَفَلاَتَتْهِكُوْهَاوَحَدَّحُدُوْدًافَلاَتَعْتَدُّوْهَاوَسَكَتَعَنْأَشْيَاءَرَحْمَةًلَكُمْغَيْرَنِسْيَانٍ
Artinya: “Diriwayatkan dari aisyah r.a ia berkata bahwa Rasulullah saw. Bersabda, sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka janganlah kamu sia-siakan. Dan Allah telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu langgar, dan ia juga telah menetapkan batas-batas, maka janganlah kamu lampaui. Allah juga telah mendiamkan (tidak melarang) beberapa hal sebagai rahmat bagi kamu sekalian”
الْحَلاَلُ مَااَحَلَّاللهُفِىكِتَابِهِوَالْحَرَامُمَاحَرَّمَاللهُفِىكِتَابِهِوَمَاسَكَتَعَنْهُفَهُوَمِمَّاعُفِىعَنْهُ
Artinya: “Sesuatu yang halal adalah apa yang dihalalkan Allah dalam kitab-Nya, dan sesuatu yang haram adalah apa yang diharamkan Allah dalam kitab-Nya, sedangkan sesuatu yang didiamkan oleh Allah maka termasuk sesuatu yang dimaafkan”.
الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُالْتَيْسِيْرَ
Artinya: ”Kesulitan itu dapat menarik kepada kemudahan”
Apabila sperma yang ditabung tersebut milik suami-isteri, tetapi cara mengeluarkannya tidak muhtaram, maka hukumnya juga haram. Mani Muhtaram adalah mani yang keluar / dikeluarkan dengan cara yang tidak dilarang oleh syara '. Berkaitan mani yang dikeluarkan secara muhtaram, para ulama NU mengutip asas undang-undang dari Kifayatul Akhyar II / 113. "Seandainya seorang lelaki berusaha mengeluarkan spermanya (dengan beronani) dengan tangan isterinya, maka hal tersebut diperbolehkan, kerana isteri memang tempat atau wahana yang dibenarkan untuk bersenang-senang."
Apabila mani yang ditabung itu mani suami-isteri yang sah dan cara mengeluarkannya termasuk muhtaram, serta dimasukkan ke dalam rahim isteri sendiri, maka hukum bayi tabung menjadi mubah (boleh).
FATWA
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang
bersidang kali ke-5 di Bilik Gerakan Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan pada
16-17 Nov 1982 telah membincangkan isu Bayi Tabung Uji dan telah bersetuju memutuskan seperti
berikut:
- Bayi Tabung Uji dari benih
suami isteri yang dicantumkan secara "terhormat" adalah sah di
sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah
bayi tabung itu adalah tidak sah.
- Bayi yang dilahirkan melalui
proses tabung uji, boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka
dari keluarga yang berhak.
- Benih yang dikeluarkan
dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira
sebagai cara "terhormat".
Dalam meneliti hukum terhadap isu ini, Jawatankuasa mengambil pandangan terhadap cara-cara proses bayi tabung uji itu dilakukan serta tujuan dilakukan seperti berikut:
a. Tujuan dilakukan bayi tabung uji untuk membolehkan wanita-wanita mandul melahirkan anak dari benih suami mereka sendiri melalui tabung tersebut.
b. Tabung uji ini merupakan alat untuk mencantumkan benih suami dengan benih isteri di luar rahim sehinggalah benih itu tercantum dan boleh menerima kesuburan untuk menjadi seorang bayi.
c. Benih tersebut dimasukkan balik ke dalam rahim isteri untuk dibesarkan sehingga tempoh masa kelahirannya secara tabi'e.
No comments:
Post a Comment