Menyebut tentang lebah, kita akan teringat mengenai lebah,sarangnya dan cara mereka bekerja. Mereka berkomunikasi melalui bau , getaran dan interaksi secara fizikal dengan lebah lain dan yang lebih pen - ting , lebah dapat mengenal pasti dan bertindak balas terhadap pheromones ( sebatian kimia yang dikeluarkan oleh lebah ).
Namun sebenarnya Madu dan lebah mempunyai keistimewaan yang lebih untuk mengatasi pelbagai penyakit. Keistimewaan tersebut adalah, madu dan lebah disenaraikan dalam surat tersendiri di dalam Al-Qur'an.
Sebagaimana Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69:
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:" Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia. " [QS. An-Nahl: 68
Khasiat dari madu tidak sekadar untuk mengatasi berbagai macam penyakit. Namun lebih daripada itu, jika kita mengambil hikmah dari surat An-Nahl ayat 69, kita akan mengetahui bahawa produk dari lebah yang boleh dijadikan ubat itu tidak terbatas hanya pada madunya saja
Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Qur'an surah An-Nahl ayat 69 :
“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” [QS. An-Nahl : 69]
Berdasarkan surat An-Nahl ayat 69 tersebut, dijelaskan bahawa bahan yang keluar dari perut lebah dengan bermacam-macam warnanya dapat menjadi penyembuh bagi manusia. Pada ayat tersebut tidak dijelaskan mengenai ubat untuk penyakit tertentu. Akan tetapi, fakta telah membuktikan bahawa produk perlebahan terutama propolis lebah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.
Lebah memang makhluk Allah yang istimewa, ia dapat memberikan manfaat dan kenikmatan bagi umat manusia. Seperti yang diterangkan di dalam Al-Qur'an, bagaimana Allah memerintahkan lebah untuk membuat sarang dengan mengambil makanan (getah) dari pelbagai jenis tumbuhan untuk dijadikan madu dan produk lebah lain.
Madu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Diantaranya adalah madu dapat menghilangkan zat berbahaya yang mungkin telah terkumpul dalam saluran darah dan usus. Selain itu, madu juga boleh menjadi penjaga stamina apabila dicampurkan dalam minuman. Meningkatkan kekebalan tubuh serta menghilangkan kahak apabila batuk. Seterusnya, khasiat madu juga boleh boleh dijadikan sebagai produk kecantikan. Ianya juga baik untuk ibu yang mengadung.
Masih banyak lagi manfaat yang akan kita dapatkan ketika mengambil madu baik secara langsung ataupun dicampurkan dengan makanan dan minuman. Manfaat lain yang ditambah Allah dari madu adalah suatu zat makanan yang mempunyai rasa yang sangat sedap, minuman yang menyegarkan dan pemanis semula jadi yang sangat baik serta berkhasiat untuk dimakan.
Casino Bonus Codes - December 2021
ReplyDeleteNo deposit herzamanindir.com/ bonus casino promotions. We recommend 2021 casino poormansguidetocasinogambling.com bonus codes gri-go.com and casinosites.one promos for new players. We also list new 바카라 사이트 casino bonuses for December 2021.